QUOTE (maranello55 @ Feb 17 2009, 07:39 PM)

penat berdemokrasi demontrasi pon tak guna...telinga diorang tu telinga kuali smartshop....dah rosak 2 bulan tak dapt 30 days money back guarantee. Dok je la diam2. Depa pon dok pake copper wire lg...jgn harap ler nk dpt kualiti koneksen.
What to do?
-Demonstrasi, kononnya budaya Mike Dubois and Vaillant...
-Melawan ketua, kononnya tak patuh pada raja dan perlembagaan
-Cuba memberontak, dipanggil mengancam keselamatan negara (sebenarnya mengancam kedudukan kuasa dan periuk nasik ketua2 yg korup)
-Harapkan wakil rakyat, wakil rakyat lompat parti
-Nak mintak direct kat Agung, perlembagaan negara yg telah digubal oleh PM sblm nie dah menaikkan stendent Perdana Menteri macam Agung lar pulak.
-Harapkan polis di-raja, die dok sibuk ikut ckp menteri sbb gaji die Kerajaan Malaysia yang bayar. Sebenarnya baik bg nama Polis Di-Umno ker Polis Di-BN ker, Polis Di-Paklah ker, kan lebih molek...Kalau betul Di-Raja nape dok sibuk ikut ckp menteri???
-Melawan dalam blog, kena ISA, melawan dalam artikel surat khabar, lesen percetakkan n penerbitan kena tarik, melawan pakai lagu, kena Gam, melawan pakai ceramah, perhimpunan haram....lagu mana nie?
-Harapkan intelek, kebanyakkannya (tak semua) duniawi, harapkan saudagar, kebanyakkannya (tak semua) tak sanggup kehilangan harta yang Fana
-Harapkan mereka yg tidak berilmu, boleh disumbatkan ke dalam lokap dengan sewenang-wenangnya (sedangkan yg belajar U pun kena masuk ISA sewenang-wenangnya)
So macam mana?...Ke korupan negara kita sudah mencapai epidemic proportion yang bukan sahaja di'cuci akan melibatkan pelbagai uraian dan ungkaian yg sememangnya jika dibuat buku cerita, lagi banyak jilid daripada LOTR mahupun Harry Potter....
Ketua-ketua yg kononnya menganut agama yg menghalang perbuatan seperti Riba, Rasuah dan cara penghasilan pendapatan yang turut termaktub dala cara yang Haram, masih membiarkan dan ada juga (yg sama-sama) melakukan perbuatan terkutuk sewenang-wenangnya. Mereka bongkak dan sombong dengan menyatakan agama mereka di ceramah-ceramah, di konvensyen2, di persidangan2, di mesyuarat agung mereka, tetapi mereka lupa sebaik sahaja mereka menerima kontrak bernilai jutaan ringgit, yang kononnya bagi menampung masa depan dan di hari persaraan mereka nanti...Dan tiada seorang pun diantara ketua td mahu membuka mulut dan menyatakan pada jam 1.20 tghari, Wahai ahli2 parti! Marilah sama2 kita pergi ke dewan di tingkat bawah menara PWTC ini bagi mengadakan solat jemaah Zuhur bersama-sama yang diimamkan oleh 'Ketua' mereka sendiri dan tidak perlu memanggil ustad mahupun tok imam masjid yg dibiayai oleh kerajaan negeri mahupun pusat.
Ketua-ketua ini lupa dan alpa...mereka telah dikaburkan oleh duniawi dan pelbagai lagi anasir yang bukan sahaja akan menjamin dosa, malah juga neraka juga tempat mereka jika mereka tidak bertaubat ke jalan yg benar...Apa guna Kapal terbang, apa guna rumah yg dilengkapi dengan permaidani bernilai ratusan ribu ringgit, apa guna menghantar anak ke luar negara dan melakukan perkara2 yg sememangnya diLarang oleh Tuhan yang maha Esa. Anak dihantar tanpa kekuatan ilmu agama telah mengikut corak hidup masyarakat yg semamngnya sudah rosak dan hanya bertopengkan Seni sebagai alasan yg cukup menyedihkan bagi menyatakan corak hidup mereka yang tidak ubah seperti binatang di Zoo Negara, bersebelahan Taman Melawati! Anaknya dirakam gambar dalam keadaan yg seakan-akan mabuk (tak baik menuduh, mana tau berlakon jer, Dosa woo fitnah) bersama rakan2nya di kelab malam, sedangkan bapanya seorang yg bakal menjadi antara mereka-mereka yang ditulis namanya di dalam buku sejarah negara kita, negara Malaysia.
-sigh-